TOC

This article is currently in the process of being translated into Malay (~98% done).

About WPF:

What is WPF?

WPF, adalah singkatan daripada Windows Presentation Foundation, pendekatan terbaru Microsoft terhadap kerangka kerja GUI, yang digunakan dengan .NET Framework.

Tetapi apakah kerangka kerja GUI? GUI adalah Graphical User Interface, dan anda berkemungkinan sedang melihatnya satu sekarang. Windows mempunyai GUI yang boleh bekerja dengan komputer anda dan dokument dalam pelayar ini yang sedang anda baca mempunyai GUI yang membolehkan anda melayari web.

Kerangka kerja GUI membolehkan anda membuat aplikasi dengan pelbagai elemen GUI seperti label, kotak teks dan juga elemen-elemen lain. Tanpa kerangka kerja GUI, anda hendaklah melukis elemen secara manual dan mengendalikan senario interaksi pengguna seperti teks dan input tetikus. Ini melibatkan BANYAK kerja, oleh itu, kebanyakan developer akan menggunakan kerangka GUI yang akan membuat kerja asasa dan membolehkan developer fokus untuk membuat aplikasi yang hebat.

Terdapat banyak kerangka kerja GUI tetapi untuk developer .NET, paling menarik buat masa ini adalah WinForms dan WPF. WPF adalah yang terbaru tetapi Microsoft masih mengemaskini and menyokong WinForms. Pada bab seterusnya, kita akan melihat beberapa perbezaan antara dua kerangka kerja tetapi tujuannya adalah sama iaitu memudahkan kerja membuat aplikasi dengan GUI yang menarik.

Dalam bab seterusnya, kita akan melihat perbezaan antara WinForm dan WPF.